Rabu, 26 November 2008

Sepopit Lahupa

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…

Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

0 Comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2008| Latar disediakan oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka olehKeris Putera.
Tiada bahagian yang boleh diguna semula tanpa kebenaran bertulis.