Isnin, 21 April 2008

Kakak tua dan Tuannya

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah
di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia
tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik
kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu
tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika
ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah
pentas.
"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "
Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli
silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si
burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian
tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si
ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan
diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya
menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

0 Comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2008| Latar disediakan oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka olehKeris Putera.
Tiada bahagian yang boleh diguna semula tanpa kebenaran bertulis.